Sunday, March 10, 2019

dakwah

Dunia ini hanya untuk sementara sahaja . sebab itu kita hidup di dunia ini ibarat seorang perantau.  maksudnya kita ibarat seperti singgah di suatu tempat mengambil bekalan bagi perjalanan yang masih jauh ke akhirat . Ada satu hadis yang menyatakan hidup di dunia ini hanya sebagai perantau:

 
              
maksudnya :
Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya berkata: Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar r.a berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang , janganlah tunggu menjelangnya pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya petang. Gunalah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. (Riwayat al-Bukhari)



dalam hadis di atas ada 3 nasihat,
  1. Kehidupan di dunia umpama seorang perantau yang sedang mengumpul bekalan.
  2. Jangan menangguhkan sesuatu pekerjaan 
  3. Beramal semasa sihat dan ketika masih hidup di dunia ini.


 Jadi apa amalan yang kita perlu lakukan untuk bekalan di akhirat.
  • ilmu yang bermanfaat 
  • amal ibadah 
  • sedekah jariah 
  •  doa anak yang soleh
Jadi, dengan waktu ini, hari ini, detik ini, jom kita niat dalam hati kita , aku nak kumpul banyak amal.
aku nak berubah. 
sekian dari saya Afifah , 
saya hanya berkongsi kepada anda semua dan juga diri saya yang masih banyak kesilapan.
hamba Allah yang lemah.

   

No comments:

Post a Comment

dakwah

Dunia ini hanya untuk sementara sahaja . sebab itu kita hidup di dunia ini ibarat seorang perantau.  maksudnya kita ibarat seperti singgah...